Friday 29 July 2011

The Pasir Panjang Story






Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya jarang mengambil gambar seascape luar dari Selangor, Sebabnya, kadang2 masa tu tak cukup. So kebanyakkan gambar seascape saya hanya si pantai2 di selangor. 

So Gambar ini spesial sikit. Sebabnya saya kesini bersama adik saya (arabischenab) bukan pasal nak shot seascape, cuma hadir untuk menziarah arwah sepupu yg meninggal di Batu Pahat, Johor. So on the way nak balik tu, saya singgah di Pasir Panjang, Negeri Sembilan. Bunyi macam jahat je kan. Patutnya stay la kat rumah arwah buat ape yg patut. Tapi masalahnya esok nak keje. So kena gak balik hari tu jugak.

So berbalik pada cerita pada gambar2 diatas. Kebanyakkan gambar yg saya shot masa tu adalah hitam putih. Sebab apa? Sebab masa tu langit warna Grey atau tiada langor dan awan.. Kalau ada pun sikit je. So sunset pun tak berapa indah. So saya pun main long exposure dari pukul 4 ptg- kol 7ptg lepas tu batteri saya pun kong he he he .

Saya main long exposure pakai Filter Hoya ND400 berserta Lee filter 0.9 soft grad. Saya suka menggabungkan 2 Filter nie untuk menaikkan awan yg tak berapa ada tu. Gambar yg saya shot banyak, cuma beberapa keping je yg boleh dan layak saya panggil gambar he he he  (Sebab saya nie banyak nak belajar lagi)

So ini je lah yg dapat saya ceritakan dan pamirkan. Saya harap anda dapat enjoy lah. Kalau Ada apa2 soalan boleh lah bagi komen kat bawah tu ya.....

sekian 

Perhatian /Attention ! 
1) Pada sesiapa yg mahu pakai gambar saya bolehlah email saya di kpcdc@yahoo.com jangan curi2 ya... DOSA tau :)
2) Semua hasil kerja fotografi saya tiada dalam bentuk HDR, DRI atau blended images , Semuanya adalah dalam bentuk sekeping Jpeg.
3) None of my photos are HDR, DRI or blended images , All are in single Jpeg

    Shazral / © All rights reserved

    Friday 22 July 2011

    Malaysia VS Chelsea 21/7/2011 (Bukit Jalil Malaysia)

    Shot dalam Stadium Bukit Jalil semasa Chelsea Asia Tour 2011, Masa ni aku, adik aku dan kawan2 aku duduk level 2, pintu violet (Belakang tiang gol dan tepi screen besar). Rasa nak shoot jauh, tapi apakan daya, aku cuma ada EF 17-40mm f4 L USM dan EF 50mm f1.4 USM, macam mana nak shot jauh. so shot wide sudehhh. Masa ni Malaysia tewas 0-1 pada Chelsea.

    Ni lah adik aku, Azraf Saip atau Arab atau arabischenab (nama di Flickr) Sorry tangat getar, gambar ada blur sikit. ingat nak buat effect slow shutter. jadi tapi tangan plak buat hal.

    Yang ni plak sesi bergambar ngan mat salleh pakai baju Malaysia. Bangga aku tengok orang luar pon sokong malaysia.

    Yang ni shot curi dari tepi sebelum aku panggil dia untuk shot bersama adik aku.

    Yeah 1 Malaysia la katakan.... Go Malaysia !

    Shot abang botak chelsea. he he he 

    Nak main bokeh sebelum masuk stadium he he he 

    Pada sesiapa yg mahu pakai gambar saya bolehlah email saya di kpcdc@yahoo.com jangan curi2 ya... DOSA tau :)