Monday 8 August 2011

Pantai Jeram, Selangor

Ini adalah gambar seascape di pantai Jeram, Selangor. Pantainya tak la luas dan panjang, tapi cukup untuk seorang penangkap seascape memuaskan nafsunya. Dalam shot ni saya menggunakan lens EF 17-40mm L USM, Lee Filter .9 Soft, dan Hoya ND400. Dengan bantuan ND400 (9 f stop) Saya berjaya shot long exposure pada waktu petang semasa matahari belum lagi terbanam. 

Jika anda tinggal berdekatan dengan Klang, Meru, Pelabuhan Klang, atau pun Shah Alam, anda mesti sekali cuba shot seascape di pantai ini. Kalau tidak anda rugi he he. Sebab rakan2 saya yg duduk jauh dari shah alam pon boleh sampai disini. Kawasan Pantai Jeram ini ada restoran makanan laut. Kalau tak silap ada 2 restoran, harga murah2 lagi tu. kalau nak tau Google je Jeram Seafood, Pasti anda jumpa alamatnya. Ok Dengan ini harap anda enjoy tengok hasil seni saya ni....

Perhatian /Attention ! 
1) Pada sesiapa yg mahu pakai gambar saya bolehlah email saya di kpcdc@yahoo.com jangan curi2 ya... DOSA tau :)
2) Semua hasil kerja fotografi saya tiada dalam bentuk HDR, DRI atau blended images , Semuanya adalah dalam bentuk sekeping Jpeg.
3) None of my photos are HDR, DRI or blended images , All are in single Jpeg
    Shazral / © All rights reserved

    No comments:

    Post a Comment